24 Januari 2014

Hanya Sekadar Renungan- Untuk Kebaikan Bersama

Duk relax saja-saja teringat nak update blog yang dah lama terbengkalai akibat kesibukan yang memanjang.
Kepada peminat ayam sabung@ ayam laga@ ayam lawan@ ayam pupuh@ apa saja panggilan untuk spesis ini diharapkan jangan serik-serik untuk meng'upgread' ayam-ayam di reban masing-masing.
      Memang terkadang berbagai liku dan cabaran terpaksa dilalui dalam pencarian untuk mendapatkan koleksi terbaik ayam-ayam jenis ini. Berbagai kerenah kita temui sama ada dari kalangan penternak, penjual mau pun pembeli. Apa pun harus dihadapi dengan fikiran terbuka, penuh kesabaran dan ketabahan.
      Sebagai penternak ayam baka baik, sudah tentu sentiasa ingin punyai koleksi ayam-ayam terunggul dalam simpanan. Sebagai penjual pula terdapat banyak katagori. Ada yang membuat bisnes @ pendapatan sampingan untuk kepentingan jangkamasa panjang. Namun ada pula yang berurusan jual beli tanpa memikirkan kepentingan bersama untuk jangkamasa yang lama. Dalam erti kata lain, hanya memikirkan kepentingan peribadi @ kepentingan sendiri. Katagori ini pastinya tidak dapat bertahan lama dalam menjalani aktiviti 'bisnes' ini.
      Katagori Penjual  1 :  Menjual ayam-ayam yang sudah dikelaskan, mengikut pemerhatian dari segi benih, permainan, keistimewaan, pencapaian dll. dan meletak harga sewajarnya mengikut kelas @ keistimewaan tersendiri, secara jujur dan telus.
      Katagori Penjual 2  :  Mengkelaskan yang terbaik untuk kegunaan sendiri. Manakala kelas-kelas yang terdapat kelemahan di sana-sini diwarwarkan untuk jualan. Biasanya yang sedang aktif ke gelanggang atau teman-teman rapat membawanya ke gelanggang.
      Katagori Penjual 3  :  Menokok tambah cerita untuk melariskan jualan, sedangkan 'barang' tak sehebat mana.Paling dahsyat, harga tidak seimbang dengan kemampuan ayam-(Harga tinggi, ayam tak boleh pakai)
      Katagori Penjual 4  :  Menjual ayam-ayam rejek atau lebih dahsyat ayam yang sudah tewas tetapi belum patah hati 100%. Ini lebih mudah dilakukan terhadap ayam jenis batang kaki.
      Dalam hal ini, pembeli harus berhati-hati dan faham cara mendapatkan ayam-ayam terbaik. Pembeli juga harus memahami harga yang ditawarkan mestilah seimbang dengan kehebatan ayam yang dihajati.Kalau berhajatkan barang 'baik' mestilah dengan modal yang 'baik' juga.Emas dan Perak sudah tentu berlainan harganya.
      Apapun KEJUJURAN amat penting bagi mengekalkan kemesraan, perhubungan yang baik, bisnes yang panjang umur atau yang lebih penting kemeriahan hobi ini.Renung-renungkanlah.

     

     

2 ulasan:

  1. Bernas pendapat anda ni...mmg berpengalaman

    BalasPadam
  2. T. kasih Sdr Alyahya.Semuanya melalui pengalaman yg dilalui. Hanya sekadar 'renungan' ikhlas, untuk difikirkan bersama.

    BalasPadam