20 Ogos 2013

Cuti Lama

Salam Semua, terutama peminat-peminat ayam siam / ayam pupuh. Lama blog ini berhenti rehat @ bercuti. Pun begitu, aktiviti membiak & mengkelas ayam-ayam peliharaan masih diteruskan. Cuti Lama ni bukan apa. Dek kerana kesibukan menghadapi tugas-tugas lain yang lebih afdhal & lebih penting. Hobi tetap hobi dan akan diteruskan 'hingga ke hujung nyawa'. Bak kata orang kalau dah sebati, susah nak diberhentikan. Kepada peminat-peminat ayam siam semua, harap masih tidak berputus asa. Teruskan usaha menghasilkan ayam peliharaan 'Terbaik' demi kepuasan kalian.

Seperti yang kita sedia maklum memelihara ayam yang berkualiti bukanlah satu perkara yang mudah. Terlalu banyak 'cobaan' dan 'godaan' yang terpaksa dilalui. Cerita penyakit ayam yang sering melanda; berbagai jenis penyakit, harga makanan yang kian melambung, kos pemeliharaan yang meningkat, kekecewaan mendapat benih/ baka terbaik dan ragam penjual / pembeli -aduh, macam-macam ada.

Seperti biasa, pembeli pasti nak harga murah. Penjual pula nak harga tinggi.Sebab penjual sahaja yang tahu jerih-perih mendapatkan baka benih ayam yang benar-benar berkualiti.Apa pun biarlah kedua-dua pihak berpuas hati.Dapat duit 'molek', biarlah ayam pun 'molek'-Jangan indah khabar dari rupa. Biar indah rupa dari khabar.

Sekarang berbagai jenis kacukan ayam telah dihasilkan.Semuanya bertujuan mendapatkan hasil ayam yang mempunyai permainan 'terbaik'.Baka saigon, burma, shamo, pama, thai, koy, laos, ganoi dan berbagai lagi.Dikacukkan untuk menghasilkan ayam  yang benar-benar 'power'.  Jangan jadi seperti cerita perempuan mat saleh yang cantik tetapi bodoh, berkahwin dengan negro yang genius tetapi hodoh. Tujuannya untuk mendapat anak yang cantik dan genius. Sebaliknya apa yang terhasil? Dapat seorang anak yang hodoh dan bodoh. Renung-renungkanlah.