Salam Semua, terutama peminat-peminat ayam siam / ayam pupuh. Lama blog ini berhenti rehat @ bercuti. Pun begitu, aktiviti membiak & mengkelas ayam-ayam peliharaan masih diteruskan. Cuti Lama ni bukan apa. Dek kerana kesibukan menghadapi tugas-tugas lain yang lebih afdhal & lebih penting. Hobi tetap hobi dan akan diteruskan 'hingga ke hujung nyawa'. Bak kata orang kalau dah sebati, susah nak diberhentikan. Kepada peminat-peminat ayam siam semua, harap masih tidak berputus asa. Teruskan usaha menghasilkan ayam peliharaan 'Terbaik' demi kepuasan kalian.
Seperti yang kita sedia maklum memelihara ayam yang berkualiti bukanlah satu perkara yang mudah. Terlalu banyak 'cobaan' dan 'godaan' yang terpaksa dilalui. Cerita penyakit ayam yang sering melanda; berbagai jenis penyakit, harga makanan yang kian melambung, kos pemeliharaan yang meningkat, kekecewaan mendapat benih/ baka terbaik dan ragam penjual / pembeli -aduh, macam-macam ada.
Seperti biasa, pembeli pasti nak harga murah. Penjual pula nak harga tinggi.Sebab penjual sahaja yang tahu jerih-perih mendapatkan baka benih ayam yang benar-benar berkualiti.Apa pun biarlah kedua-dua pihak berpuas hati.Dapat duit 'molek', biarlah ayam pun 'molek'-Jangan indah khabar dari rupa. Biar indah rupa dari khabar.
Sekarang berbagai jenis kacukan ayam telah dihasilkan.Semuanya bertujuan mendapatkan hasil ayam yang mempunyai permainan 'terbaik'.Baka saigon, burma, shamo, pama, thai, koy, laos, ganoi dan berbagai lagi.Dikacukkan untuk menghasilkan ayam yang benar-benar 'power'. Jangan jadi seperti cerita perempuan mat saleh yang cantik tetapi bodoh, berkahwin dengan negro yang genius tetapi hodoh. Tujuannya untuk mendapat anak yang cantik dan genius. Sebaliknya apa yang terhasil? Dapat seorang anak yang hodoh dan bodoh. Renung-renungkanlah.
Fuyooo dasat lu punya perumpamaan bro! Tapi kalau nak jadi hodoh bodoh jugak xleh kata la bro keja Tuhan kan? Haha Btol x bro?? selamat hari raya bro.
BalasPadamSelamat Hari Raya Maaf Zahir batin buat semua rakan-rakan peminat ayam siam + bro Farhanrxz. Saja2 tulis coretan sementara menunggu pembiakan benih2 di reban.Semuanya dengan izin Tuhan he3..
BalasPadamHaha xpa bro coretan tu bagus bro, boleh sharing2 tukar2 pendapat sama2 kita adik bradik! Fuyoo xsabar nak tunggu jamu mata tengok benih2 baru tu, good luck bro! Nice! ;>
BalasPadam