07 Jun 2012

Kejujuran Asas Kejayaan

Dalam menjalani usaha kita melayari hobi tersohor ini, tentu macam-macam kisah suka duka yang kita lalui. Cuma 'jauhari yang mengenal manikam'. Maksudnya hanya orang yang betul-betul berkecimpung dalam aktiviti pemeliharaan ayam'sabung' ini yang tahu pahit maung serta kesukaran untuk menghidupkan 'seekor' anak ayam yang betul-betul berkualiti.
        Jika semuanya diperincikan,kira-kira memang tak berbaloi kalau nak mengharapkan keuntungan dari perniagaan ayam siam ini.Apa lagi jika ayam dari baka benih yang diusahakan sendiri - Pembaka dan Induknya
dibeli dengan harga yang tinggi+kos penyediaan tempat+kos makanan+minuman+penyelenggeraan+kos ubat-ubatan+kos letrik dll lg.
        Cuma memandangkan hobi dan kepuasan lebih penting dari segalanya, maka keuntungan kira tolak ke tepi.Pun begitu, apa yang ingin dikongsikan ialah KEPUASAN.
        Bagi yang berkecimpung dalam aktiviti penjualan ayam siam ini, ada berbagai katagori.Ada yang fokus kepada kepentingan jangka panjang.Dan ada pula untuk jangka pendek saja.Ada yang 'promo' anak-anak ayam 'terbaik' dari yang terbaik dalam simpanan, demi menjaga reputasi untuk jangkamasa yang lama.Ada pula
yang 'promo'yang sedang-sedang saja. Manakala yang 'terbaik' disimpan untuk kegunaan sendiri.
        Apapun dalam hal ini, kejujuran adalah menjadi teras utama.Kerana kita harus menyedari, jika kita mempunyai selera untuk memiliki yang terbaik maka, begitulah juga orang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan