24 April 2012

Tragedi-Tetamu Tak Diundang

Tanggal 23 April,2012 (Hari Isnin, malam) 2 tetamu tak diundang telah berkunjung ke reban Ayam Pupuh.
Nasib masih menyebelahi kami kerana 2 tetamu yang berniat buruk ini telah dapat ditawan dengan jayanya.
Alhamdulillah kedua-dua musuh ini yang berkunjung awal, iaitu sekitar jam 9.00 malam dapat dikesan kehadirannya lebih awal. Kalau tidak tak taulah apa nak jadi. Mungkin habis penghuni kesayangan di reban
Ayam Pupuh ditelan 'Pengunjung2' ini.Sedih juga apabila menyedari seekor 'dara' (baik punya) berjaya juga dibunuh oleh Sang Anakonda ini.



                                                    `   Zalimnya...

 Malang sungguh nasib Si Dara yang telah menjadi mangsa Sang Anakonda ini.
                Jangan ingat boleh lepas begitu saja. Pembunuh mesti dihukum.


Sedang berehat- Rehat buat selamanya.
                                                 Boss berwajah muram..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan