23 Jun 2012

Sparing Induk

         
Ibu Merah Magonthai vs Ibu Bauk Kuning.

20 Jun 2012

Suka-suka


Tak ada apa nak buat di waktu lapang. Upload gambar spar ayam dua ekor ni.Pukulan boleh tahan. Cuma kurang angin akibat berkurung lama.Ayam baik macam manapun kalau dah berkurung lama pukulan pun dah tinggal 1/3. Baru spar, mulut dah ternganga.Bukan senang nak bertinju...

15 Jun 2012

Bibit Merah Pakhoy For Sale



Ibu ayam ini merupakan anak kepada pembaka Merah Pakhoy 2xW dengan ibu merah magonthai. Umur1 tahun.                SOLD

                        Ibu Merah, ibu kepada anak ayam (ibu muda) di atas.

12 Jun 2012

Lagi Anak Ayam Baka Baik

                                                          SOLD          
                                                            SOLD
SOLD


Anak-anak ayam  dari baka terpilih untuk dijual. Kepada yang berminat boleh hubungi Khusyai(0172273928). Semuanya dari pembaka yang sudah mempunyai rekod serta mempunyai permainan yang meyakinkan.

11 Jun 2012

Anak Bapak Kelabu & Anak Bapak Hijau-Untuk Dijual

                                                         SOLD
                                                           
Ibu di atas merupakan bibit dari bapak kelabu kaki bisa 2xW. Ibu magonthai ini sudah 3x bertelur.Mempunyai pukulan yang padu dan permainan jalan yang sama seperti bapaknya.

Yang ini merupakan anak kepada bapak hijau 4xW. Baru berumur 5bulan lebih. Permainan kontrol dengan pukulan padu ke kepala, leher dan badan.    SOLD

10 Jun 2012

Lagi Pembaka Tetap Di Reban Ayam Pupuh

Pembaka Kelabu magonthai (import) ini kini sudah berumur hampir 2 tahun.Mempunyai rekod 2xW di Thailand.Dan sekarang telahpun mempunyai bibit keturunannya di reban kami.

Sisik Denai Si Kelabu yang berbisa.
MERAH PAKHOY 2xW- Kini berumur 1 tahun 8 bulan. Juga mempunyai rekod kemenangan yang cemerlang di negara asalnya,Thailand. Mempunyai permainan jalan,serong kiri kanan, ketip, tembak dengan pukulan padu ke badan, kepala dan leher-Pukulan seekor. 
                                 Batang kaki bulat Si Merah Pakhoy.

08 Jun 2012

Anak Jalak Bulu Betina-For Sale



Yang ini sisik kaki anak jantan, peninggalan Si Jalak Bulu Betina. Boleh tahan sisiknya.
 Pejam celik, pejam celik, tak sedar anak-anak Jalak Bulu Betina dah besar.Dah nak menjangkau 4 bulan.
                           Jalak Bulu Betina, bapak kepada anak ayam di atas.

07 Jun 2012

Kejujuran Asas Kejayaan

Dalam menjalani usaha kita melayari hobi tersohor ini, tentu macam-macam kisah suka duka yang kita lalui. Cuma 'jauhari yang mengenal manikam'. Maksudnya hanya orang yang betul-betul berkecimpung dalam aktiviti pemeliharaan ayam'sabung' ini yang tahu pahit maung serta kesukaran untuk menghidupkan 'seekor' anak ayam yang betul-betul berkualiti.
        Jika semuanya diperincikan,kira-kira memang tak berbaloi kalau nak mengharapkan keuntungan dari perniagaan ayam siam ini.Apa lagi jika ayam dari baka benih yang diusahakan sendiri - Pembaka dan Induknya
dibeli dengan harga yang tinggi+kos penyediaan tempat+kos makanan+minuman+penyelenggeraan+kos ubat-ubatan+kos letrik dll lg.
        Cuma memandangkan hobi dan kepuasan lebih penting dari segalanya, maka keuntungan kira tolak ke tepi.Pun begitu, apa yang ingin dikongsikan ialah KEPUASAN.
        Bagi yang berkecimpung dalam aktiviti penjualan ayam siam ini, ada berbagai katagori.Ada yang fokus kepada kepentingan jangka panjang.Dan ada pula untuk jangka pendek saja.Ada yang 'promo' anak-anak ayam 'terbaik' dari yang terbaik dalam simpanan, demi menjaga reputasi untuk jangkamasa yang lama.Ada pula
yang 'promo'yang sedang-sedang saja. Manakala yang 'terbaik' disimpan untuk kegunaan sendiri.
        Apapun dalam hal ini, kejujuran adalah menjadi teras utama.Kerana kita harus menyedari, jika kita mempunyai selera untuk memiliki yang terbaik maka, begitulah juga orang lain.